Sooraya Qadir aka Dust
Di akhir cerita, Sooraya berjaya menebus kematian Icarus dengan mengalahkan Nimrod. Ibu Icarus telah datang mengunjungi Sooraya di Xavier Institute dan dalam tangisan, Sooraya meminta maaf kerana tidak berjaya menyelamatkan Icarus. Apa yang mengesankan, ibu Icarus memberitahu anaknya memuji Sooraya sebagai seorang gadis yang cantik biarpun dia tidak pernah menatap wajahnya.
Setiap kemunculan watak Sooraya di dalam panel-panel komik ini amat terjaga. Dia tidak pernah membuka auratnya, malah hijabnya di hadapan mana-mana lelaki. Hijab dan tudung kepalanya hanya dibuka ketika di dalam kamar sahaja. Ada juga beberapa adegan menunjukkan Sooraya sembahyang dan berdoa sebelum keluar menjalani misi.
Dan menurut Nunzio DeFilippis dan Christina Weir, iaitu penulis siri komik ini, Icarus akan memeluk Islam sekiranya tidak mati kerana dia sudahpun tertarik dengan integriti yang ditunjukkan dan adab yang dijaga Sooraya. Mungkin ini jalan yang diambil oleh Marvel untuk membetulkan persepsi masyarakat Amerika terhadap Islam. Mana nak cari superhero (superheroin?) muslimah yang macam nih!
Dengan pelbagai propaganda yang dicipta Amerika Syarikat terhadap Islam, langkah Marvel Comic USA menerbitkan New X-Men : Academy X boleh dianggap berani. Mengapa aku berkata begitu? Kerana buat pertama kalinya (betulkan aku jika tersilap) seorang superhero muslimah diwujudkan.
Watak Sooraya Qadir, atau nama mutantnya Dust adalah seorang gadis Islam Afghanistan yang diselamatkan oleh Wolverine dan Fantomex daripada sindiket penjualan hamba abdi. Nama ‘Dust’ timbul apabila dia dibawa ke pangkalan X-Corps (sekumpulan mutant yang bertindak seperti polis bagi golongan mutant di bawah pimpinan bekas ahli X-Men, Banshee). Sooraya yang keliru dan ketakutan telah menggunakan kuasanya mutantnya, iaitu berubah menjadi pasir dan berlegar di sekeliling pangkalan X-Corps. Pheonix (Jean Grey) yang mempunyai kebolehan telepati yang kuat berjaya mengesan Sooraya dan memujuknya (dalam dunia Marvel, hanya Jean Grey dan Charles Xavier sahaja yang mampu mengesan Sooraya apabila dia bertukar ke bentuk pasir). Apabila ditanya oleh Jean Gray akan identitinya, Sooraya hanya menyebut satu perkataan- ‘debu’ (Dust).
Jean Grey telah membawa Sooraya pulang ke Xavier Institute di New York dan diberikan perlindungan. Mulanya, dia menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. Tambahan pula dia ditempatkan sebilik dengan Surge (Noriko ‘Nori’ Ashida), seorang mutant yang terkenal dengan sikap memberontak dan lantang. Mereka sering bergaduh kerana prinsip masing-masing. Surge adalah seorang yang bebas dan tidak bersetuju dengan Sooraya yang mempertahankan cara tradisional dan pegangannnya.
Semasa mengikuti kelas daripada seorang guru mutant bernama Xorn, Sooraya sering diperlekehkan dan dikritik kerana mengutamakan pegangan Islamnya daripada daripada kepentingan bangsa mutant. Bagaimanapun, atas pegangannya inilah, dia telah menyelamatkan penghuni Xavier Institute. Kekuatan pegangannya telah mendesak Xorn sehingga helah dan identitinya sebenarnya terbongkar. Xorn adalah Magneto! (Ya… aku pun pening… kejap baik, kejap jahat orang tua ni!)
Selepas beberapa ketika, Sooraya dipilih untuk menganggotai kumpulan mutant yang baru ditubuhkan, Hellions Squad atau juga dikenali sebagai New X-Men. Menariknya, dia telah menolak kostum rasmi kumpulan itu dan memilih hanya untuk memakai burqanya sahaja. Kerana menurutnya, kostum itu terlalu terdedah (semua maklum, bagaimana bentuk kostum superhero barat, terutamanya bagi perempuan!). Katanya, dia perlu menjaga dirinya daripada pandangan mata lelaki. Atas prinsip dan pegangannya ini, para senior X-Men telah mencipta burqa berteknologi tinggi (ha, ha!). Burqanya dihasilkan daripada molekul-molekul tidak stabil dan mampu terurai bersama-samanya apabila dia berubah ke bentuk pasir.

x-23
Selepas kejadian House of M (sebuah arc Marvel Main Event di mana hampir kesemua mutant di dunia kehilangan kuasa akibat tindakan Magneto yang sayangkan anaknya ß ini pandangan peribadi aku, hehe…) Sooraya ditempatkan bersama teman sebilik yang baru, X-23 (Ya… itu sahaja namanya). Mereka berdua dapat menjalinkan persahabatan yang baik dan boleh dikatakan saling memahami serta menghormati. Mungkin kerana masing-masing mempunyai kisah silam yang suram. X-23 adalah klon kepada Wolverine. Nama X-23 bermaksud Weapon X No. 23 dan seumur hidupnya hanya menjadi tikus makmal dan menurut arahan pihak atasan. Bagaimanapun, dia diselamatkan oleh Wolverine dalam tugasan untuk membunuhnya. Wolverine membiarkan dirinya ‘dibunuh’ dan tindakan ini memberi kejutan kepada X-23. Akhirnya, dia mengikut kata-kata terakhir Wolverine yang menyuruhnya berjumpa dengan Charles Xavier.
Sooraya juga menjalinkan persahabatan dengan seorang mutant yang mempunya sayap merah (bukan Archangel dalam movie X-Men 3 tu… ni orang lain) bernama Icarus (Jay Guthrie). Pada malam majlis tari menari, Icarus telah mengajak Sooraya sebagai pasangannya. Tetapi Sooraya telah menolak dengan baik dan menerangkan dia tidak boleh ke majlis yang membebaskan pergaulan sebegitu. Icarus menjadi kagum dengan prinsip dan pegangan Sooraya. Kemungkinan, bibit cinta antara mereka bermula pada saat ini.
Sooraya kemudiannya menjadi sasaran William Stryker (ya… orang jahat dalam filem X-Men 2) dalam kempen yang disebutnya sebagai ‘keperluannya menghapuskan semua Muslim’. Dia telah mensasarkan Xaviers Institute kerana melindungi Sooraya. William Stryker berjaya mempengaruhi Icarus dengan menipunya untuk mengumpan Sooraya. Akhirnya, Icarus mati dibunuh oleh sekutu William, iaitu Nimrod. Hasrat William untuk membunuh Sooraya tidak kesampaian kerana yang datang sebagai ‘termakan’ umpan adalah X-23 yang menyamar sebagai Sooraya. Juga, hasrat William untuk menghapuskan Xavier Institute tidak berjaya kerana Sooraya memang sudah menantikan kedatangan tentera William dan mengalahkan mereka. (Nota: Sooraya antara mutant yang berkuasa kerana dia invicible apabila berubah ke bentuk pasir) Apabila Sooraya berkejar ke tempat yang diberitahu Icarus, semuanya telah terlambat.

Icarus
Di akhir cerita, Sooraya berjaya menebus kematian Icarus dengan mengalahkan Nimrod. Ibu Icarus telah datang mengunjungi Sooraya di Xavier Institute dan dalam tangisan, Sooraya meminta maaf kerana tidak berjaya menyelamatkan Icarus. Apa yang mengesankan, ibu Icarus memberitahu anaknya memuji Sooraya sebagai seorang gadis yang cantik biarpun dia tidak pernah menatap wajahnya.
Setiap kemunculan watak Sooraya di dalam panel-panel komik ini amat terjaga. Dia tidak pernah membuka auratnya, malah hijabnya di hadapan mana-mana lelaki. Hijab dan tudung kepalanya hanya dibuka ketika di dalam kamar sahaja. Ada juga beberapa adegan menunjukkan Sooraya sembahyang dan berdoa sebelum keluar menjalani misi.
Dan menurut Nunzio DeFilippis dan Christina Weir, iaitu penulis siri komik ini, Icarus akan memeluk Islam sekiranya tidak mati kerana dia sudahpun tertarik dengan integriti yang ditunjukkan dan adab yang dijaga Sooraya. Mungkin ini jalan yang diambil oleh Marvel untuk membetulkan persepsi masyarakat Amerika terhadap Islam. Mana nak cari superhero (superheroin?) muslimah yang macam nih!
7 comments:
mana hang baca komik ni?
torrent ka?
Kak nak jadi heroin lagu tu!
Pasni ramai le yang tiru tu .. hehehe
sf
Soraya Qadir tu adik beradik ngan Ajak Kadir ke? Huhu... canggih gak ek... tapi seksi giler Dust tu... sabar sabar.
biar betul, mana hang dapat citer nih?
Kau ni penglipur lara betul la!, perghh cangih ni info kau ni...rasa cam aku ni baru kenal abc cikguku Banshee.. hehehehe...
p/s kau pernah cuba jawab soalan 'diriku sebagai mutant apa?', aku dapat Banshee.
wah...giler ah.aku hrp dpt bace komik nie.sesaper yg rajin,tlg antr kn komik nie kt email aku at:xearoxas@yahoo.com.thx.satu cunbaan yg bes & berani!!!hidup ISLAM!!!
Post a Comment