Selepas hampir tiga tahun menulis hanya sebuah novel (eksperimentasi bagi menguji kemampuan aku menulis), akhirnya pada bulan Ogos lepas aku berjaya menyudahkannya. Mungkin jangka masa ini adalah normal bagi aku yang sebelum ini hanya menulis kertas-kertas laporan bidang sains dan juga tesis. Untuk menulis sesuatu berunsur fiksyen, nyatanya ia cabaran yang amat berat bagi aku (tetapi menyeronokkan). Apatah lagi fiksyen ini berkonsepkan fantasi Melayu purba. Beberapa kajian perlu dilaksanakan dan apa sahaja yang berjaya aku cerap dari rujukan, telah aku masukkan ke dalam tulisan aku secara berlapis. Bermakna, anda tidak akan menjumpainya dengan sekali imbas (itupun sekiranya anda membacanya apabila diterbitkan nanti!).
Dan apa yang menggembirakan bagi budak yang baru belajar menulis (dan berjaya menghabiskan penulisan ini) adalah apabila dihubungi oleh editor yang tentunya terseksa memproses karya pertama anda. Hanya mesej mudah melalui YM membuatkan aku tersenyum sambil berlari-lari anak di dalam guni di tepi pantai.
“Hoi! Gua tengah edit novel hang ni! Kalau tiada aral yang melintang atau biawak melintas jalan, bulan satu nanti masuk printer!” ~ Mat Jan via YM (quote ini sengaja diubah suai supaya lebih dramatik dan mempunyai unsur saspen).
Selesai novel ini, yang kedua pula akan menyusul bersama-sama sebuah komik usahasama bersama-sama Master Ajif, insyaAllah. Cabaran baru pula bagi aku untuk belajar menulis skrip komik. Apa yang menyeronokkan, dalam komik ini aku dapat merapu semaksimum mungkin. Imej kesultanan Melayu mungkin akan diporak-perandakan!
Tuesday, December 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
MUAHAHAHAHAHAAHAH!!! (sambil tutup mulut)
Berlari-lari anak dalam guni di tepi pantai?Errmmm...lagu mana tu?
Wah, dah siap satu karya!Terer nih...tahniahlah!Bukan senang nak crack kepala otak,walau apa jua hasilnya...walau apa jua yg diporak perandakan itu...
Bila ye hamba nak tulis karya mcm nih?
Salam iduladha.Never stop sacrificing.Kalau ada daging lembu ka, unta ka, kibasy ka yg lebih-lebih tu bak mailah ke UPM ni.
Tahniah. Tapi bab raja-raja melayu tu.., jangan diporak perandakan 'sangat' he he.
Kunjungi nanti ke www.ameirhamzahhashim.blogspot.com
www.animationpromotion.blogspot.com
Meghapu meghaban tak pa lagi .. tapi jangan tukaq sejarah ... !!!!
Ainin naufal: Ngohohoho... (sambil tutup idung)
Rai: Berlari-lari anak dalam guni di tepi pantai tu adalah acara sukaneka paling popular di Uganda.
Amir Hamzah: Tq and welkam!
Abg Long: Saya memang teringin nak tulis cerita2 yang mengkelam-kabutkan sejarah (atau bahasa mudahnya alternate timeline)... tapi sumber belum cukup (malas buat research benonye). Saya sarankan Abg Long baca 1515 karya Faisal Tehrani (kalau belum baca la... hehe).
Btw encik kangaq,
Arakian hamba telah pun memporak-perandakan sejarah melalui cerpen hamba yang tersiar di Dewan Sastera Ogos 2007...lepaih dah pun!
Hamba titirkan bahawa Jebat mengamuk bukan kerana Tuah dihukum semata-mata.Tetapi kerana pompuan simpanannya dibuang negeri.Hamba titirkan bahawa Tuah tidak membunuh Jebat sebaliknya Jebat yg tertikam dirinya sendiri.
Bukan episod tikam menikam tu yg best dlm cerpen ni.Tapi part Jebat kantoi dgn pompuan simpanan dia.Kwang kwang kwang!
Nanti dah siap karya tuan hamba,bagi percuma satu.Jangan suruh beli tau!Muahaha!(Sambil gelak sambil berlari-lari mak datuk di dalam guni)
Hoyo, makin mantap gagasan Sain Piksyen skang. Nanti buku aku ko sain aaa :D
Ya.. ya, Permaisuri Rai! Patik ada membacanya... hehe... Panjangkanlah, buat novel. Mesti dahsyat (tapi msti ada nanti yg komplen: asal pendekar je, hang tuah-hang jebat... pendekar je, hang tuah-hang jebat- muahaha... persetankan mereka!)!
Mau free ye... mau free ye...! ngehehe...
Ice: Aik? Pesal buku hang, aku yg sain plak? Hahaha...
tahniah. kak nak baca. nak tau bagaimana kepala hang berfungsi ;)
huh? rasanya kepala sy berfungsi ngn baik je... hehe...
Aku suka kalau sejarah 'diporak perandakan'.
Aku suka kalau orang-orang muda menaikkan persoalan dan lubang dalam sejarah yang tertulis.
Aku sokong usaha kau Kangaq.
Tapi kena berani dan penuh ilmu. Tak boleh masuk dengan dada kosong.
Orang-orang tua (biasanya) tak suka idea-idea provokasi begini. Mereka lebih suka sejarah dibiar begitu sahaja. Mereka akan hentam kau.
Biar kita kasi huru hara! Muahahaha.
adeh, aku sudah mengantuk rupanya.
Agak-agak ada porak peranda macam Pendekar Merah Budiman tak?
ahh, mesti hebatnya lah..!!! oh, di sini duduknya dia!!
Vovin: Ya... ilmu kena cukup. Dan kata2 hang telah sedikit sebanyak menakutkan aku... huhuhu...
Panah: Aku lom baca Merah Budiman... jadi tak tau la... tapi dari apa yg hang cerita kat aku dulu, aku rasa lebih kepada melihat sejarah dari perspektif lain, bukan memporak-perandakan.
Fadz: Alamak! Hang dah jumpak aku!
~o_O~ kangaq
Salam,
Alo bang, dah feb ni, buku dah kuar kat pasaran lum? aku tak sabo sejak tahun lepas lagi.
-awanbadai-
awanbadai, buku baru masuk printer la... huhuhu...
Post a Comment