Dulu-dulu, masa aku belum tadika, akan ada sebuah van masuk kampung dengan terpacak corong pembesar suara di atas bumbungnya. Di sisi van itu ada logo yang gambarnya kelihatan seperti mikrofon berwarna hijau. Ia datang dengan bunyi bingit enjin karburator yang bergegar. Tut-tut-tut macam enjin bot pukat ikan di kuala. Dan lelaki di dalam van itu yang berada di sebelah pemandu akan menjerit kuat-kuat pada mikrofon di tangannya, "Tuan-tuan dan puan-puan! Malam ini akan diadakan tayangan wayang gambar di padang sekolah! Datanglah beramai-ramai!" Jalan di kampung aku bukan elok sangat masa dulu-dulu. Jalan tanah merah yang berlubang-lubang dan berbonggol-bonggol. Entahlah berapa kali gamaknya mikrofon masuk ke dalam mulut lelaki itu.
Jadi pada malam itu, orang ramai akan berpusu-pusu memenuhi padang sekolah menatap kain putih yang direntangkan dengan dua tiang buluh yang tinggi. Sampai masa yang ditetapkan, projektor yang diletakkan di atas bumbung van yang masuk kampung tadi akan mula menayangkan gambar. Contohnya filem kempen kebersihan seperti mencadangkan orang ramai menanam sampah sarap daripada membuang ke dalam sungai ataupun apa-apa sahaja perkara baru yang ingin dimaklumkan kerajaan. Kemudian barulah filem hiburan ditayangkan. Biasanya cerita Bujang Lapuk atau mana-mana cerita yang sezaman dengannya.
Itu cerita dulu-dulu. Sekarang, wayang pacak sudah amat jarang dan mungkin juga sudah tiada. Tetapi, pada 1 November lepas, nostalgia ini (pada aku) berulang kembali. Bertempat di Rumah Pena dalam acara Maskara Shorties yang dianjurkan Sindiket Sol-jah. Tetapi mereka tidaklah menayangkan filem Bujang Lapuk dan tiada projektor di atas bumbung van. Ini wayang pacak moden yang menayangkan filem-filem pendek yang ada sesetengahnya bersifat eksperimentalis.
Pada aku yang tidak tahu apa-apa mengenai falsafah perfileman, aku cuma duduk dan menikmati setiap tayangan. Sekurang-kurangnya aku belajar benda baru dan mungkin juga solusi baru dalam hidup. Contohnya, jika susah tidur, belajarlah silap mata. Jika jumpa perempuan dalam bilik air, jangan terus lari kerana menyangkakan dia itu hantu. Mungkin dia cuma alien yang datang bertandang. Jika jumpa awek berbaju raya (baju kurung baru) pada hari biasa, dan bercakap pula dalam slanga British, hati-hati! Itu mungkin ejen Mossad. Jika pakai seluar pendek sebagai seluar dalam, jangan lupa periksa kalau-kalau di dalam poketnya ada kunci. Mana tahu hujung kunci itu tercucuk anu, naya! Kalau setakat terlupa kunci itu, ok lagi (biasala, sama seperti kes orang terlupa rokok. Cari merata dan siap marah member curi rokok. Padahal rokok tu ada terselit di telinga). Jika jadi ahli kongsi gelap, kamu akan ada harapan untuk disumpah menjadi ayam. Dan kesudahan bagi ayam adalah ayam proses. Tetapi sekurang-kurangnya disumpah menjadi ayam lebih baik daripada disumpah menjadi getah. Kerana kesudahannya kamu akan menjadi getah asap berbunga. Ahli kongsi gelap dan 'bunga' adalah dua perkara yang tidak mungkin serasi sampai bila-bila. Jika kamu mula bermadah cinta luka dalam pelbagai aksi seperti telentang atau telangkup dan mengenakan bedak tebal seperti tepung gomak, maknanya tak lambatlah tu. Sebagai langkah keselamatan, jangan bawa pisau ke rumah awek kamu. Jika kamu memandu kereta dalam Kuala Lumpur sambil berbalas sms dengan rakan/awek kamu yang juga sedang memandu, kamu akan mendapat feel seperti berada di Ibiza. Jika anak kamu pulang dari sekolah sambil tersenyum dan berpegang tangan dengan seseorang yang kelihatan seperti kutu rayau dengan guni penuh tin kosong, kamu perlu berbangga. Dia anak yang baik. Jika kamu lupakan ibu kamu di kampung, kamu pasti akan berjaya menjadi doktor kelak. Ada juga filem yang membuatkan aku terfikir. Jika kamu Melayu, apa buktinya? Cukup dengan mengatakan mak bapak kamu Melayu? Di mana Melayu itu? Setakat genetik sahaja? Cukupkah? Aku tahu aku Melayu, dan aku tiada jawapannya. Aku juga berasa bangga kerana untuk sebuah produksi filem pendek, orang Malaysia juga mampu mengambil pelakon-pelakon antarabangsa. Pembikin filem 'panjang' yang cuma setakat mengambil pelakon Filipina yang cuma namanya sahaja seperti orang Eropah patut berasa malu. Jika kamu kumpulan muzik yang membikin video muzik, letaklah adegan letup-letup. Kapal terbang melanggar bangunan contohnya. Kamu akan kelihatan cool dan berpengetahuan luas tentang politik. Jika kamu seorang pendiam dan tidak banyak cakap di pejabat, sekurang-kurangnya cubalah bercakap dengan anak isteri kamu. Tambah pula jika isteri kamu comel. Sebab jika akhirnya kamu meminta maaf di dalam bilik sambil menangis memeluk kedua mereka, setengah jam kemudian kamu mesti hangin satu badan pula kerana anak kamu tidak faham-faham nak keluar dari bilik! Juga jangan buka radio bila pelatih TLDM sedang berkawad. Nanti mereka menari tak cukup tanah!
Secara mudahnya, setiap filem yang ditayangkan adalah unik. Aku tidak mungkinkan mampu untuk mengulas dan menilai setiap persembahan seni yang dipaparkan. Cuma aku kagum dengan setiap usaha mereka yang terlibat untuk menghasilkan setiap persembahan. Perasaan aku berbaur dan bergerak dengan setiap larian imej pada skrin walaupun tidak semuanya aku faham. Apapun, tahniah kepada semua yang terlibat. Humchaaa!
12 comments:
nice review. :)
thanks!!
haha. cool.
fazleena, ur welcome. Ur really amazing that night.
alinaabdullah, thanks. Walaupun saya tak tahu saudari yang mana satu malam tu, but i'll bet ur amzing too that night... hehe.
Terima kasih kalian kerana berkunjung ke sini :)
hahaha..
woi......
setahun sekali ka update blog??????
Bila saya ceritakan pasal wayang pacak kat anak-anak murid ni atau orang lain.. diorang selalu tercengang2 je... Buatkan saya fikir, "agaknya aku sorang je kut yang pernah tengok wayang pacak kat padang sekolah masa dulu-dulu" ataupun "agaknya aku sorang je yang ingat pasal wayang pacak ni..." tapi tak sangka la masih ada yang ingat pasal wayang pacak ni... hehehe...
Yang lebih menarik wayang pacak masa pergi tengok Funfair... huhu.. ada ke orang ingat pasal mende nih?
OO jalan kat kampung kamu tuh dulu bertanah merah ye. Hmm kuat sungguh ingatan.
:]
Dulu paling best tengok funfair. Haha.
pipiyapong, hehehe...
linda, biasala... orang sibuk ekeke...
chiharu, saya masuk funfair tengok konsert rock saja haha...
dik yah, fun fair best sebab ada robot pembuat gula kapas huhu...
wayang pacak ... besat.
funfair ... best. punya la kumpul duit sekolah nak masuk funfair ... huh. beli bola pingpong baling dlm cawan. masuk dpt hadiah. eerrr ... kira judi ke tu?
this is the one of the most creative review i ever read so far...
u said u dont know, yet u know how to appreciate!
film appreciation adalah pokok yang paling utama dan aku yakin itulah jua tujuan maskara shorties!
tq so much for being there..
:)ben
http://bennylitanasuty.wordpress.com
denanz, uii haram tuh! Daripada main bola pingpong tu, baik main 4d magnum! ada jugak peluang nak jadi kaya... huhu.
Ben, terima kasih kerana berkunjung ke sini (perghdotkom... skema plak aku). Nak tinggalkan komen di blog saudari, tapi tidak dapat (perghdotkom lagi...).
haha, kelakau lah kau punya ulasan, cun!
Post a Comment