Friday, December 26, 2008

hujan (bukan yang boleh menyanyi tu!)

Hari semalam sudah berlalu, tapi dinginnya masih kekal. Hujan semalam yang bagai tidak mahu berhenti membawa sehingga ke pagi sunyi ini, cukup untuk aku katakan sebagai satu rahmat. Ya… ya! Hujan = rahmat, klise! Tapi sekiranya kamu kata cinta daripada Tuhan itu klise, adakah kamu bersedia menerima twist daripada-Nya?

p/s: Terima kasih kepada saudari yang memberikan hadiah. 

5 comments:

alifmimyanun said...

kate hujan semalam dah berlalu. tapi apsal bagai tak mahu berhenti pulak samapai pagi ni?

memang al pening la.

Anonymous said...

alifmimyanun, "HARI semalam sudah berlalu..." hehe...

Layla Haq said...

aik, konfius pula dengan komen alifmimyanun.

Bukankah hari semalam yang dingin telah berlalu? Tapi dinginnya masih terasa. Dan dingin itu disebabkan hujan yang dari semalam membawa ke pagi ini, masih turun.

Itu pemahaman saya. Maaf jika silap.

DeeN said...

Hujan lebat, petir sabung menyabung, lautan bergelora. Er.. tsunami?

;]

zaki zainol aka kangaq said...

bayan, saya pon rasa saya tulis dengan bermaksudkan itu... huhu...

dik yah, berdoa semoga tak berulang kembali.