Sunday, July 15, 2007

2 buku


Awal minggu ini aku mendapat pemberian yang tak disangka-sangka daripada orang tua aku. Dua buah buku lama milik arwah tok wan aku. Dulu, lepas tok wan aku meninggal, ada juga aku belek-belek almari lama tempat menyimpan buku-buku dia, tapi tak berjumpa pula buku-buku ni. Ayah aku kata, dia jumpa buku ni dalam almari baju. Aku hairan juga, pasai apa tok wan aku simpan buku-buku ni dalam almari baju sedangkan dia sudah ada tempat khas untuk simpan buku? Teng… teng… teng…! Usah biarkan hidup anda diselubungi isteriii… eh, misteriiii…!

Ah, lantakla! Kedua-dua buah buku ni terbitan DBP. Dicetak di dalamnya, harga buku pada masa diterbitkan adalah masing-masing $4.50 (belum ada RM lagi masa tu…). Buku pertama, bertajuk Ilmu Mengarang Melayu oleh Za’ba (Ya! Pendita Za’ba!) diterbitkan pada tahun 1962 dan ini adalah cetakan kedua. Berkulit tebal dan mempunyai 302 muka surat bercetak. Pergh… meleleh air liur aku tengok!

Buku kedua pula Hikayat Hang Tuah. Merupakan cetakan ketiga dan diterbitkan pada tahun 1968. Berkulit lembut dan mempunyai 538 muka surat bercetak. Hikayat Hang Tuah ini berdasarkan naskhah tulisan tangan berhuruf jawi kepunyaan al-marhum Tengku Ibrahim ibni al-marhum Tengku Muhammad (Tengku Seri Utama Raja), seorang kerabat diraja Kelantan. Aku sedang baca perlahan-lahan kedua-dua buku ni. Pergh… meleleh ingus!

Kata-kata Za’ba pada ayat permulaan no. 2 dalam buku Ilmu Mengarang Melayu amat menambat hati aku seperti ditambat dengan tali kapal. Aku cerita sikitla kat hangpa semua…

“Perkataan ‘karang’ itu terpakai pada barang apa yang berbunga-bunga dengan indah susunannya dan aturnya serta berpatutan cabang-cabangnya dan pecahan-pecahannya antara satu dengan satu; seperti batu karang di laut.

Dari situ dibawa kepada pekerjaan mengubah bunga, atau mereka ukiran, atau membuat barang sesuatu yang cantik, dikeluarkan dari dalam hati sendiri serta baharu, yakni bukan meniru yang telah dibuat orang.

Dari situ pula dipinjamlah dibawa kepada pekerjaan menyusunkan perkataan dengan susunan yang elok kerana menghalkan atau merupakan sesuatu fikiran hati atau sesuatu kisah cerita supaya dapat difahamkan oleh orang-orang lain apabila didengar atau dibaca mereka (akan) susunan itu.”

Erm… sikit-sikit sudah la ye…

No comments: