Sunday, November 11, 2007

Entri ini bermakna aku tidak melupakan blog ini...

Lama aku tak update blog. Bukannya beraya sakan, tapi ada beberapa hal penting yang perlu aku selesaikan. Tambah pula keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan beberapa hari ini. TAMBAH LAGI… aku malas! Muahahaha!

Dalam kemalasan aku, macam biasa aku menyelusuri Youtube, dan aku menjumpai sesuatu yang aku ingin berkongsi di sini. Klip ini, seperti biasa daripada anime favourite aku, One Piece. Semasa menonton anime ini dahulu, ini antara babak-babak yang paling aku suka tonton sebab lawak gila! Tapi, aku tak tahu dengan potongan klip seperti ini, lawak itu sampai kepada anda (yang tidak pernah menonton anime ini) ataupun tidak. Ya… mungkin anda tidak gelak kerana terpinga-pinga tidak faham, ataupun anda seperti watak Colonel Jack O’Neil (dengan satu ‘l’) yang memang tidak mempunyai sense of humour. Tapi aku bukan nak ceritakan mengenai lawak babak ini, tetapi apa yang terkandung dalam babak ini.





‘Running gag’ dan ‘breaking the fourth wall’, pernah dengar? Bagi orang teater, aku rasa mereka tahu ‘breaking the fourth wall’ kerana terma ini asalnya daripada dunia teater.

‘Running gag’ secara ringkasnya adalah dialog ataupun situasi yang digunakan berulang-ulang. Ia selalunya untuk membangkitkan humor dan ada kalanya menjadi trademark bagi sesuatu watak. Bagi klip ini, ia bertujuan untuk membangkitkan mood humor. Untuk mengenalinya dalam klip ini, ‘running gag’ disebut dengan jelas dan ‘breaking the fourth wall’ adalah apabila ‘gag’ disebut dengan jelas.

Secara amnya, ‘breaking the fourth wall’ (aku tak tahu dalam bahasa Melayu dipanggil apa) adalah apabila watak dalam pementasan, drama, filem, novel malah komik melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan pertunjukan/persembahan dengan berinteraksi dengan penonton/pembaca ataupun apa sahaja. Dalam klip ini, ‘breaking the fourth wall’ terjadi apabila Flower Ossan (orang tua yang disalah anggap sebagai ‘bunga’ itu) bertanya kepada lanun-lanun itu, “Can’t you appreciate a good running gag?”

Tetapi bagi aku, contoh yang paling mudah sekali untuk dikenalpasti adalah daripada filem-filem komedi P. Ramlee. Rasanya hampir setiap filem P. Ramlee memecahkan ‘fourth wall’. Sebagai contoh, di dalam filem Pendekar Bujang Lapok apabila si Ani yang sedang memegang gambar tunangnya (Ibrahim Pendek) bertanya kepada penonton, “Hensem tak tuning saya?” (Erk… lebih kurang macam tu la… aku dah lupa dialog yang tepat- Rai mesti tahu ni! Hehe…).

Bagi novel Melayu aku tidak pasti ada ataupun tidak teknik ini dipraktikkan. Tetapi yang ‘hampir-hampir’ memecahkan ‘fourth wall’ ada! Iaitu novel Bila Tuhan Berbicara karya Faisal Tehrani. Aku katakan ‘hampir-hampir’ kerana watak dalam novel itu hanya betul-betul memecahkan ‘fourth wall’ apabila naskhah novel itu dipentaskan (Bila Tuhan Berbicara adalah skrip pementasan yang dinovelkan). Bagi komik tempatan, rasanya banyak. Sebagai contoh, karya-karya Zint daripada majalah Gempak yang sekali sekala diselitkan dengan teknik ini (selalunya apabila watak-watak komiknya cuba memberi pengajaran moral kepada pembaca).

Bagi komik luar negara, antara watak-watak yang terkenal mampu memecahkan ‘fourth wall’ adalah Deadpool dan She-Hulk keluaran Marvel Comics (publisher lain pun ada, tapi aku baca yang ni je). Dan Deadpool adalah watak yang pernah aku jumpa yang mempunyai cara yang paling sofistikated memecahkan ‘fourth wall’. Dia juga superhero yang paling aku suka! Hahaha!


Deadpool menghadapi masalah dengan 'first person narative'nya

Aku paling suka apabila Deadpool berinteraksi dengan ‘caption box’ melalui naratif orang pertama/ first person narative (bagi anda yang kurang tahu, dalam komik hanya ada dua benda yang mempunyai tulisan, satu: belon dialog, dan dua: caption box. Jadi anda tahu yang mana kan?). Dan perkara-perkara pelik lain, rasanya watak-watak komik lain pun ada melakukannya, seperti ‘melompat’ ke panel sebelah, mendongak ke atas dan bertanya (kononnya pertanyaan itu adalah kepada pembaca) dan macam-macam lagi.



p/s - Apa yang aku tulis di sini berdasarkan pengetahuan aku yang terhad. Sesiapa yang lebih tahu, dan sekiranya ada fakta yang aku tulis ini salah, silalah tinggalkan komen supaya kita dapat sama-sama belajar. Terima kasih.

6 comments:

wanzu said...

gile ah hang ni. layan episode tu byk kali. aku tgk sekali je.
aku dah x ingat dah flower ossan ni dlm siri mana ek? sebelum diorg nak ke sky island ke?

Anonymous said...

ni episod awal2 depa baru sampai grandline.
~kangaq

Anonymous said...

Emmm kawan aku budak2 teater ada btau benda ni. Tapi kalau dipraktikkan dalam, aku fikir ianya seolah2 memperbodoh2kan pembaca, seolah2 pembaca tu tak reti (pendapat aku le)...tapi itu adalah satu satu teknik dalam penulisan, cuma aku tak brapa gemar cara itu.

sf

Cik Puan Rai said...

Salam Inche',

Eh, tetiba nama aku ada dalam ini gambar daaa!(Ahmad Nisfu).Oh, nak terjemah 'breaking the fourth wall' tu memang terseliuh sket.Saya tulih 'memecah dinding keempat' je. Tak silap Mamat Khalid pun suka pakai teknik ni.Latest example,Zombie Kg.Pisang.

Dalam teater kalau tak pakai teknik ni, memang penonton takleh tengoklah apa yg ada di pentas.Betoi dak?

Oh, baru je habih kursus pensyarah muda di UPM.Persediaan ke oversealah konon tu.Ramai gak tutor hensem di serata buana UPM rupanya.Cissss!

Anonymous said...

Sf, yup! tapi, atas sebab yang sama aku letak contoh dari komik deadpool. Dalam contoh ni, dia tak berinteraksi dengan pembaca (dan pembaca tidak akan rasa 'bodoh'), tetapi dia berinteraksi dgn diri dia sendiri dgn kesedaran 'aku-dalam-alam-komik'. Err... susah nak terang benda ni... ehehe. 'Comic conciousness', ok tak?

U-uh, Rai! Bekas pelajar dia pun hensem2! Muahaha!
~kangaq

Panaharjuna said...

Penggunaan sudut pandangan orang pertama dalam novel ni. Fuh!, smart, aku ingatkan percubaan aku kat Si Pertanda tulah yang meletakkan aku sebagai orang pertama yang buat,namun alangkah jauh panggang dari api

kah..kah..kah..nampaknya dah ada orang mendahului aku...

Kah..kah..kah..sekali lagi, poyo

maafkan aku encik Ice. Kita terlewat.