Sunday, June 15, 2008

Apa kata editor?



Novel ini banyak twist dan sub-plot. Sepanjang kembara heronya, satu demi satu watak baru diperkenalkan, dan di hujung cerita, pembaca pasti terkesima dengan love-hate relationship antara watak-watak itu!

Kewujudan siri Takluk Jagat diharap dapat mengisi lompang novel fantasi bahasa Melayu yang kosong selepas siri Saga Artakusiad oleh Ahmad Patria Abdullah yang pernah menjadi kegilaan pembaca suatu ketika dahulu (malah, sehingga hari ini masih ada kelab peminatnya!).

Ini antara sedutan ulasan editor siri Takluk Jagat, iaitu En. Syafizan atau lebih glamor dikenali sebagai Mat Jan. Untuk membaca keseluruhan ulasan, sila layari blog Novel Jantan.

13 comments:

bayan said...

Saya masih menanti kiriman kamu. Mungkin masih jauh dari genggaman, tetapi getarannya sudah terasa dekat di hati.

zaki zainol aka kangaq said...

Saya cuma sempat pos pada hari Jumaat lepas. Jadi, kemungkinan paling lewat tiba pada hari Khamis. Harap2 selamat sampai... Kalau takde juga, bagitau saya!

bayan said...

Alhamdulillah, petang semalam telah tiba dalam genggaman. Terima Kasih.

[Kena susun semula jadual]

zaki zainol aka kangaq said...

Lega, alhamdulillah! Suspen jugak takut tak sampai! Hehe... Maaf kerana mengganggu jadual lagi.

chiharu said...

Walaupun baru baca suku page, hati saya dah berdebar-debar dan bergetar dek kerana excitednya membaca dan begitu tak sabar nak membaca kesudahannya... tapi semakin banyak muka surat yang dibaca saya mula rasa alamak... dah habis... tak syoknya...

kangaq said...

Chiharu, baca sehari dua muka surat... mesti lambat habis... ekeke...

chiharu said...

Kalau dah masuk bab suspen mana bleh baca dua muka surat je...

Bayu tu kelakar la... inesen giler...

chiharu said...

Tapi Bayu kini sudah tidak seinesen dulu.. least not anymore..
untuk mencapai tahap setinggi itu terpaksa berkorban nyawa...

@@ tapi musykil la... camana.. :tuuut.. tuuut... red alert! red alert! Spoiler...: XD

kangaq said...

Chiharu, mmg nampak macam tiba2 je, tapi semua clue ada saya kasi dalam tu. Clue tu dalam buku pertama kalau tak silap.

Cik Puan Rai said...

Salam,

I'm such a slooowwww reader of your novel.My room mate sampai cakap 'kak rai,bila you nak habeh baca novel tu?I nak baca gak...'

La ni dia pun dah pi USM buat MA.I masih tak habeh baca.Iskh iskh...kena belikan satu kat dia nih!Heheh!

kangaq said...

Takpa Rai, pelan2... Slow pasai tak kena ngn minat u ke? hihi...

Jangan! Jangan beli satu! Beli sepuloh kat dia dan jugak sahabat handai lain! Ekekeke...

Anonymous said...

salam, tahniah! tahniah! saya dah baca dua2 buku. memang best. mengangkat melayu. walaupun watak Bayu sama dengan Yang Goa dan Puteri Ariasha sama dengan Bibi dari Komik Pendekar Helang Sakti tapi best bila dimelayukan. sapa2 yang pernah baca komik-komik Hong Kong mudah banyangkan jurus2 yang dilakukan. apapun tahniah. harap cepat buat sambungannya.

zaki zainol aka kangaq said...

Salam walaupun siapa anda. Terima kasih kerana membaca siri ini. Saya tak perasan pulak sama dengan komik tu, tapi terima kasih atas feedback saudara/i. Insya-Allah, sambungannya masih dalam garapan.