Tuesday, July 22, 2008

Psikokinesis - preview

Ketika itu aku sedang mengacau-ngacau kopi O panas di dalam mug hijauku yang berceloreng bunga-bunga kekwa kuning dan dia tiba-tiba sahaja terjojol di balik pintu depan. Berkemeja coklat gelap berlengan pendek bebas lepas dengan seluar khakis yang baru dibeli bulan lepas, dia terus masuk dengan wajah masam.

“Hei, aku boleh nampak kau, tahu?” Aku menegurnya sambil membuka balang serbuk kopi.

Dia terus duduk menghempas tubuh ke atas sofa PVC berwarna biru gelap yang tersergam di ruang tamu rumahku. “Aku sudah tahu jawapannya,” katanya.

Aku membiarkan kata-katanya sepi seketika. Aku menceduk serbuk kopi di dalam balang dan menuangkannya ke dalam penapis yang sudah sedia terletak di mulut mug biru bergambar kartun stegosaurus yang di dasarnya sudah sedia kumasukkan dua sudu kecil gula.

“Kau bersemuka dengan Amelia?” Aku bertanya sambil mencapai cerek air panas elektrik yang masih membebaskan wap di muncungnya.

Dia cuma ketawa sambil mendongak dengan mata terpejam seperti watak ketua perompak dalam lakonan pentas penutup tahun di sekolah menengah. Yang tiada cuma solekan misai yang melintang dan parut rel keretapi di pipi. Kemudian selepas puas ketawa dengan nada seperti watak antagonis dalam filem aksi gred B, dia berkalih kepadaku. Dagunya disangkut di hujung penyandar kepala sofa PVC itu.

“Kau ingat aku naif?” katanya sambil mengangkat tangan kanan sehingga siku berada pada paras bahunya. Tangan yang diangkatnya itu seketika kemudian kelihatan meliuk-liuk seperti rumpai laut yang selalu diambil gambarnya oleh jurugambar dasar laut dalam dokumentari National Geographic. Paling tidak pun siri dokumentari Laut Hans Isaac. Jangan salah fikir, dia bukan lelaki berkuasa rumpai laut. Cuma logamaya yang mula timbul di sekeliling tangannya itu yang membuatkannya kelihatan begitu. Tangannya semakin pudar lalu terus halimunan.

“Cis, menunjuk!” Aku mengherdik dan tertawa.

“Kau pun!” katanya sambil menghulurkan tangan mencapai mug biru bergambar kartun stegosaurus yang melayang lurus kepadanya.

6 comments:

Ariyatna Adri said...

Promo kat Pesta Buku Selangor dak?

kangaq said...

Tak. Aku belom siap tulis... ekeke...

meera said...

ni petikan dr novel terbaru awak ke?

:D

*masih lom dpt Amukan Indera Bumi... huhuhu

Ariyatna Adri said...

Bro, pesta buku selangor turun ke? Ish..tukaq format soalan lah pasai bro x faham soalan. hehe

kangaq said...

Ariyatna, hang tanya soalan tak ikut konteks.. ekeke... nanti hang sms aku!

meera, cerita yg sedang dibangunkan (alasan nak update blog benonye). Lajakle ke pesta buku selangor, ada diskaun rasanya kalau belis situ.

DeeN said...

Huh!
Kisah benar ka? Haha.