Tuesday, August 19, 2008

sandarkan pada harapan


Semalam ketika berjalan-jalan, terjumpalah aku akan seekor kucing. Bulunya hitam berkilat dengan matanya yang bulat memandang aku seketika. Kemudian ia menunduk dan menjilat-jilat bahagian bawah dadanya sehinggakan kaki hadapannya sebelah kanan terangkat-angkat. Ia kembali memandang aku dengan lidah yang terjelir sedikit. Aku menunduk dan menyentuh lidah merahnya yang terjelir sedikit itu. Dengan segera lidah merah itu dimasukkan kembali. Seakan ingin berbicara dengan aku, ia berbunyi, "Neooowww... neooowww."
.
.
.
Eh, bukan sepatutnya kucing berbunyi "meow-meow"?

10 comments:

Ainin Naufal said...

kucing tu pelik sungguh. neooooeewww!

tak lama lagi kucing pelik tu pun bertukar jadi thunder cat.

spesel la entri ko nih. :P

kangaq said...

bising la ko ni, ainin! gyahaha...

Serunai Faqir aka SF said...

Salah ainin! Tak lama lagi akan terjumpa tahi kucing! hehehe

vovin said...

ko tengah tulih cerpen surreal ke?

kangaq said...

Sf, leh buat baja. hehe...

vovin, aku sendiri pun tak tau aku tulis apa... haha...

Ariyatna Adri said...

ko teringin beli kamera DSLR, pasai lepas gian tu ko tangkap gambar kucin. kui kui kui

zaki zainol aka kangaq said...

psst... tu gambaq aku amik kat intenet saja... hahaha... aku lupa amik kat mana, pasai tu takdak kredit... ampun...

chiharu said...

bukan kucing yang berasal dari Soul Society ke? Yoruichi namanya... hahaha... tu pasal la dia punya bunyik ada lain jugak

kangaq said...

Kucing tu Yoruichi-san? Kalu macam tu, nak letak kucing tu dalam bilik pastu kunci. Tunggu dia berubah bentuk... miaaaawww...

chiharu said...

Ooooh... gatal gak rupanya Kangaq-san ni... nampak je macam malu-malu kucing... eleh... ntah-ntah... kangaq-san dah lari dulu kut... miahahahahaha...