Thursday, October 09, 2008

tahniah, anda hidup dalam tahun 2008

Aku mendapat ini daripada mesej yang dilanjutkan kepada aku di dalam Facebook (aku ubahsuai sedikit).


"Anda sedar anda sedang berada dalam tahun 2008 apabila...




1. Anda pergi ke sebuah majlis, ambil gambar dan 'pamerkan' gambar anda di dalam Facebook, Friendster ataupun blog.




2. Anda masih ingat bila kali terakhir anda bermain solitaire menggunakan kad sebenar? (untuk kes aku, rasanya 1997)




3. Antara sebab anda tidak menghubungi rakan-rakan lama anda adalah kerana mereka tidak mempunyai akaun YM, Friendster, Myspace ataupun Facebook.




4. Anda sanggup menyelongkar semua tempat di dalam rumah semata-mata mencari remote control tv anda daripada cuma menekan butang di tv anda.




6. Aktiviti anda pada waktu petang ataupun masa terluang adalah duduk di hadapan pc anda.




7. Semasa anda membaca senarai ini, anda cuma tersenyum dan mengangguk.




8. Anda terfikir, betapa bodohnya anda membaca senarai ini.




9. Anda terlalu leka sehingga tidak menyedari nombor 5.




10. Anda terus scroll ke atas untuk mencari nombor 5.




11. Sekarang anda ketawa kerana kebodohan anda sendiri."

5 comments:

Anonymous said...

tu hang belum sedaq yg hang tu dah tua bila umoq cecah 30 hehehe ...

Izyan Izzaty said...

adeh!!!
trase!!

dan terkena juga!

Anonymous said...

Oooo...
Macam dah terkena aku neh.
Hahaha..
Oit zaki, Selamat Hari Raya nooo... :]


- DeeN -

addyaholix said...

haha aku memang sengih sampai telinga bila baca.

aku sambung gelak ni!

haha!

Anonymous said...

sf, hang tu dah nak dapat anak, dok tengok naruto lagi! hahaha!

izzyzatt, sama la kita masa mula2 baca menatang ni dulu haha...

dik yah, awat blog takleh masuk?

addyaholix, lihat komen izzyzatt. hehehe...