Wednesday, November 12, 2008

bukan salah lantai mengembung...

Platform kaca. Lampu biru. Dia menari, berpusing-pusing. Sunyi tanpa sebarang irama. Gaun hitamnya kembang bagaikan mawar merekah di hujung ranting yang layu. Chokernya yang dihiasi kristal-kristal Swarovski bersinar-sinar memancar warna-warna bahagia. Matanya terpejam. Tangisnya duka.

Dia terhenti lalu terduduk. Gaunnya terhampar di sekelilingnya bagai telipuk di muka tasik tenang. Dia tertunduk. Juraian yang menitis dari matanya lebih jernih daripada kristal-kristal di lehernya. Sedunya mula menjadi irama mengisi sunyi.

Hatinya patah. Tariannya canggung. Lantainya rata. Bukan salah panggung. Salah dirinya. Dia sendiri. Sehati Berdansa perlukan pasangan...

9 comments:

DeeN said...

Tapi kalo utk keluarkan peluh, baik berdansa sendiri. Nari rap ok gak. Hehe.

*er..xtau apa nak dikomen.*

Cik puan Rai said...

Amende kembung-kembung nih?Ikan kembung tahulah...boleh buat isi kuah laksa kola perlih!

p/s saya ada grup tari sendiri masa sekolah rendah dan selalu kena panggil berdansa kat besday party anak2 org kaya kat shah alam tu.la ni tiap2 jumaat menari kat dewan besar upm dgn korum org pompuan.the other side of me la tu.kalau dpn geng2 penulis kena tunjuk baik dan tertib je.haw haw!

kangaq said...

dik yah, yaaa... tarian hip hop baik untuk kesihatan kalau tak terseliuh kat mana-mana. juga baik untuk kebersihan sebb dalam tarian dia selalu sapu2 kelemumur kat bahu baju.

rai, ishk... ishk... hari jumaat bawak2 la baca Yasin ka, baca kitab agama ka... ni pi menari... ekekeke... sapa marah kena jualll!

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

alpening, alpening....

Khar said...

Salam, jemput mai ke blog Publishing kami, terima kasih.

Artozy said...

kau menangis kerana tiada pasangan? eh bukan kau.. dia hahaha

indrasakty said...

Jadi dari awal dia menari kerana hati memang sudah patah?

Dan menangis kerana juga hati yang patah?

Baik menangis dari awal, tak perlu menari.

alifmimyanun said...

hmph, mood dramatik saye terpatah dengan ending yang begitu twist sekali.

kangaq said...

kak za, pening makan panadol.

sf, pakai nama khar pulak? awww... hehehe...

Art, ya... dia.

indrasakty, macam orang kenyang, tapi masih terus melantak... macam tu la...

alifmimyanun, patah tumbuh hilang berganti... uhuhu...