Monday, December 29, 2008

ketibaan musim baru

Setiap apa yang kamu mahu, kamu belum tentu dapat memilikinya. Kemahuan dan perancangan adalah perkara biasa yang kamu dipersoalkan dan kamu baca di majalah-majalah setiap kali menjelang tahun baru. Dan jika kamu berjaya memiliki apa yang diinginkan serta perancangan kamu pada tahun sebelumnya menjadi tugu yang dapat dipeluk dengan tanganmu, jangan lupa bersyukur. Senyumlah.

 

Tetapi sekiranya keinginanmu masih jauh, ataupun mungkin kamu fikir tidak mungkin dapat kamu mencapainya, jangan pula kamu memijak-mijak ekor anak kucing kamu. Teruskan senyum dan beri kucing kamu whiskas. Perancangan kamu cuma sebahagian kecil, lebih kecil daripada milinano kepada adikarya perancangan Tuhan. Aku percaya dan tahu kamu juga percaya, rezeki yang dijanjikan-Nya tidak akan ke mana-mana. Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009.

7 comments:

Layla Haq said...

Semakin jelas nampaknya dengan apa yang harus dikejar.

Semoga apa yang kita citakan akan terlaksana. Jika tidak, usah kecewa. Kerana ketentuan Tuhan maha sempurna.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 kepada encik, dan semua.

Anonymous said...

Bayan, insya-Allah. Di mana ada kesungguhan, di situ ada jalan. Di mana ada jalan pula, di situ ada lebuh raya. Dan yang tak bestnya, di mana ada lebuh raya, di situ ada tol!

Selamat menyambut Maal Hijrah sekali lagi!

Anonymous said...

Aloo bro..nie aku mmber lame ko...ewah sekarang ko dh popular ler..nway as ur frendz aku bangga dan support ngan usaha ko nie..bile nk turun serdang..tempat jauh lagi dikenang...niekn pulaks!!!

Member lame...
Aedy putra...

fadz said...

wah, bukan main.. prosa yg mengujakan! nampaknya lho mmg bersedia utk menulis sai fai masterpiece itu, hehehe

zaki zainol aka kangaq said...

en. miswadi, mana ada popular... aku mcm dulu jugak.. haha..

fadz, syyy... malulah.. haha..

Nazir Azhari 017-6878129 said...

Aku suka kau punya podcast! All along the watchtower. Teringat ending season 3 BSG.

kangaq said...

En. Nazir... hihihi... lagu ni memang berhantu...