Thursday, February 21, 2008

solekan maskara yang sudah lepas


Gambar oleh OP
Ya... ini entry basi. Dah nak masuk Maskara 7 dah pun (1 Mac) baru aku nak letak entry pasal Maskara 6 (terima kasih kepada Sindiket Sol-Jah kerana menjemput aku).
Ada beberapa sebab mengapa aku tidak meletakkan entry ini lebih awal. Sebab utamanya adalah kerana entry sebelum ini, sebagai rasa hormat. Sebab kedua, kerja yang menimbun-nimbun. Sebab ketiga, apabila selesai kerja menimbun itu, aku pulak ditimbunkan dengan demam dan batuk-batuk manja. Sampai sekarang pun batuk itu masih bergurau denganku.
Bagi aku yang pertama kali hadir ke malam Maskara dan pada pertama kali itu juga terpaksa melawan gigil takutkan mic (ya... aku lebih takutkan mic dari penonton sebab... ahh! Adala!) dan aku dapat merasa senangnya (senang di sini bukan dalam erti kata mudah, tetapi sekiranya diandaikan seperti sebuah frekuensi, getarannya adalah malai mendatar, tidak ribut-ribut mencanak naik dan turun) hawa ekspresi para pengkarya/performer malam itu dihirup dan dinikmati pada telinga yang mendengar dan mata yang menyantap. Dan Tok Rimau, M.C malam itu begitu profesional. Beliau patut diundang sebagai pengacara majlis Minggu Setiausaha yang selalu diadakan di hotel-hotel dengan artis-artis mega setiap tahun.
Bagaimana pun, frekuensi yang malai mendatar akhirnya meribut juga pada penghujung malam. Telinga-telinga yang mendengar tercapang dan mata-mata yang menyantap terbelalak dan mulut-mulut mereka sama-sama bersuara, "Politik-politik! Penipuan sistematik!" Ah, siapa kata pemuda dan pemudi kita tidak peduli?
Aku pada keributan itu berada di luar, tepi tingkap belakang menghembuskan asap menikmati malam. Menghargai sesuatu yang baru dalam dunia kecil aku.

3 comments:

Anonymous said...

Oh, asap itu nikmat malam... :D

Ariyatna Adri said...

ekekekeke...aku sambung gelak jer.

:D

fadz said...

ohh, gementar rupanya dia.. hah ha