Wednesday, March 22, 2006

CERITA PUKUL 3 PAGI

Dah lama sangat aku tak masuk blog sendiri, buat entri baru. Aku malas nak pergi CC sekarang ni. Nasib baik la ada henpon 3G abang aku ni. Mula-mula segan jugak nak guna, tapi bila dia kata dia dapat guna perkhidmatan canggih ni secara percuma, aku pun belasah sajala... (siap download naruto lagi.. haha!)
Sekarang dah pukul 3.27 am tapi masih dok pulun edit buku yang satu ni. Mulanya aku ingat boleh siap cepat. Nyata jangkaan aku meleset. Satu bab pun makan masa 1-2 hari! Mungkin sebab aku terkial-kial guna Framemaker ni! Dah baru belajar... takkan boleh expert terus! Aku tahu perkara ni tidak boleh dijadikan alasan. Lagipun sejak dari zaman sekolah aku teringin nak jadi editor (walaupun masa tu aku tak tahu sangat apa kerja si editor ni). Maknanya impian aku sudah jadi kenyataan (walau cuma freelance)!
Editor sambilan... kerja aku yang paling baik setakat ini. Aku pernah buat kerja yang paling orang pandang rendah (mungkin sesetengahnya pandang hina!)- angkat sampah, korek longkang kat Subang dan Sungai Buloh. Bau sampah dah pernah sebati dalam hidup aku. Bau yang jijik dan mencemikkan muka sesiapa sahaja termasuk pengemis! Seorang pekerja senior aku cakap, 'memang mulanya kau nak termuntah tapi lama kelamaan kau akan rindu dengan bau ini'. Aku terfikir, 'gila apa sampai nak rindukan bau sampah? Bau dari sebatu pun dah tak tahan!' Tapi setelah lebih kurang dua minggu aku kerja, memang! Memang aku rindukan bau jijik tu! Haha! Sampai aku balik rumah, aku masih suka bau busuk yang melekat kat tangan aku! (Jangan korang termuntah pulak baca kisah aku ni!)
Dari pengalaman kerja tu, aku belajar sesuatu- manusia dapat dikenal dengan apa yang dibuangnya. Aku boleh tahu mana orang yang boros, kerja mereka, apa yang mereka suka dan tidak suka dari sampah yang dibuang. Tak percaya teori aku ni? Tengok CSI!
Yang paling aku suka masa tu, pagi selepas pasar malam di Sungai Buloh (aku dah lupa hari apa). Sebab, selepas bertungkus lumus kemas sampah yang dibuang penjaja (paling tensen musim durian- tangan mesti luka-luka punya- kena tikam duri!) aku kena korek longkang. Dan spot yang paling aku suka- dekat Studio Luncai Emas M. Nasir! Best gila boleh tengok M. Nasir! Idola aku tu! Kalau artis lain aku beli kaset/ cd cetak rompak, tapi cd M.Nasir aku sanggup beli yang original! Kalu boleh aku nak pergi salam dengan dia, tapi takut dia lari pulak, tak tahan dengan bau sampah dari aku! haha! Tapi dia memang sporting, pasal ada satu masa, aku dok bersila atas bumbung lori (dalam lori penuh dengan orang, belakang pulak penuh dengan sampah- jadi aku kena duduk atas bumbung!) aku angkat tangan pada dia, dan dia balas! Rasa macam sorang mat rock terserempak dengan Axl Rose!
Itu kisah lama. Imun aku pada bau sampah pun dah hilang. Aku beritahu pada diri sendiri, tiada apa lagi yang perlu aku takut. Aku pernah berada di tahap paling bawah, jadi jika aku jatuh lagi pun tak mungkin akan lebih teruk dari itu. Beranikan diri, percayakan diri. Jika aku naik walau setingkat, itu sudah dikira kejayaan. Tapi aku tidak bercadang untuk naik setingkat! Jadi aku tidak perlu takut untuk membentuk hidup dengan cara aku sendiri (macam bongkak sahaja ayat ni!).
Sekarang sudah pukul 4.00 am. Sekejap lagi subuh. Aku nak sambung mengedit. Harap buku ini berjaya. Walau aku tidak dapat merasa, tetapi sekurang-kurangnya aku puas! Mungkin perasaan ini ada pada semua editor. Atau mungkin aku sorang? Ntah...
Yang tak seronoknya, aku tiada masa nak menulis! Aku jenis tak pandai nak 'multi-tasking'. Aku cuma window 95 bukan xp! Macamana nak format kepala otak aku ni dan install xp? tak pun linux! pandora core pun jadila... huahaha!
Takluk Jagat bahagian ke 2 sudah nak siap. Yang disiarkan di blog ini adalah sebahagian daripada kisah Takluk Jagat bahagian ke 2 dari siri trilogi Takluk Jagat yang aku rancang. Bahagian pertama aku namakan sebagai Takluk Jagat: Gelora sudah ada kisahnya. tetapi belum tulis. Cuma bahagian pengakhiran iaitu bahagian ketiga, Takluk Jagat: Sayap Kasih Nasfisha masih samar-samar jalan ceritanya. Bila boleh buat ni! Siap buku aku edit ni harap-harap aku dapat tune semula pembahagian masa aku. Dah la janji aku dengan Panaharjuna, nak siapkan bahagian Jagatlara dalam masa sebulan belum dapat ditunaikan. Sori ye cik Panah! Mohon lanjut tempoh!
4.20 a.m... Masa untuk tutup komputer... kang meletup hampir 24 jam terpasang...

7 comments:

Anonymous said...

LIMA BINTANG!

Anonymous said...

oit...
aku teruja ng ko nyer pon jer..sjk biler ko pakai pon 3G ni...ko tak bgtau aku pn kt klib ari tuhhh...
aku pun tak tau bau yg ko ko suker yg sejak azali tu...n biler ha ko merantau kat saner....
anyway, aku suspect la ko..sbb ko tak kisah n tak malu pun ng sumer2 tuhh..jnji rezki halal..tol tak?
then jgn luper kalu buku ko dah terbit...jgn lupak kat aku plak..
blog ko bez..sure aku xplore u meningkatkan aura ke8 aku..aku kan tak tau nak wat blog niihh
chow

Anonymous said...

luper nak promote name aku..
td aku ler..
ly bez huhuhu

Adun Karamba said...

aku suka ayat ko yg ni
"Aku beritahu pada diri sendiri, tiada apa lagi yang perlu aku takut. Aku pernah berada di tahap paling bawah, jadi jika aku jatuh lagi pun tak mungkin akan lebih teruk dari itu. Beranikan diri, percayakan diri. Jika aku naik walau setingkat, itu sudah dikira kejayaan. Tapi aku tidak bercadang untuk naik setingkat!"
motivate aku betul

slaywinter said...

oh, ya ka? marilah kita sama2 memotivasikan diri! ni adun wakil rakyat ke?

Aash said...

Yah, mungkin ada sesetengah daripada kita yang tak pernah rasa berada di tahap paling bawah. Kau rasainya, kau beruntung sdr kangaq. Aku pun belum, tapi ttp berharap dpt rasainya walaupun dlm bentuk yg tak pernah aku terfikirkan. Bukankah itu cabaran?

Panaharjuna said...

hahahah setakat bau sampah tak per lagi, jagan makan sampah sudah!, itu sudah punk dol!, you dead punk!, itu jer yang aku cakap kalu jumpa budak punk tengah makan sampah tu. Semiskin-miskin nabi pun tak der lah sampai makan sampah!, hahahaha...err dah terlanjur bercinta..opp..opp hahahahaha terlanjur menaip ni aku nak ucapkan syabas ler pasal dapat jawab soalan editorial puan ainon hari tu, hahaha walaupun bukan seratus peratus tapi markah lulus untuk editor la ek. hahahaha!. Itu baru editor sambilan ye tak, cuba kalau editor betul, perrggh lagi tak ingat dia punya soalan. kalau kau baca pos ni, send me a message kalu nak pi bsln sok, hahaha 6hb May, aku nak jumpa nurie sat.