Friday, August 03, 2007

One Piece Trailer




Aku merayau-rayau di youtube dan terjumpa pula AMV ni yang dibuat oleh seorang peminat One Piece. Klip yang dibuat seakan-akan trailer ni bagi aku adalah yang terbaik pernah aku jumpa (setakat ni la...).

Eh, hangpa tau tak One Piece ni cerita apa? Aku rasa kalau setakat Naruto tu... semua orang tau kot? One Piece telah ditayangkan lama sebelum anime pertama Naruto bermula. Kalau anda terjumpa manga (komik Jepun) di kedai-kedai mamak yang bertajuk Budak Getah, itula One Piece!

One Piece ni cerita pasal apa? Secara keseluruhannya, temanya adalah kesetiaan terhadap 'nakama'. Yang aku rasa lebih kuat dan realistik daripada tema Naruto (melindungi orang yang tersayang). Alamak, mesti kipas-susah-mati Naruto bedal aku nanti! Hahaha!

Apa itu 'nakama'? Apa yang aku tahu, pengertian perkataan ini luas. 'Sahabat, teman, rakan, ahli kumpulan' dan yang sewaktu dengannya. Tetapi dalam One Piece, pengertian 'nakama' sangat mendalam.

Bermula daripada manga kategori shonen hasil karya Eiichiro Oda, One Piece telah dipindahkan kepada siri animasi dan mula ditayangkan pada 20 Oktober 1999 di Jepun. Daripada itu, siri ini sudah mencapai 319 episod (setakat ini dan masih diteruskan) tidak termasuk 8 buah filem dan beberapa siaran TV khas (TV special). Dan aku ada semuanya! Huahahaha!

Kisahnya mengenai Luffy (Monkey D Luffy) yang bercita-cita menjadi Raja Lanun dan mencari harta karun yang dipanggil One Piece yang ditinggalkan oleh bekas Raja Lanun sebelumnya, Gold Roger. Dengan sebuah topi jerami yang diberikan oleh idolanya, seorang lanun bergelar Red Hair Shanks, Luffy keluar ke lautan dan mula mengumpulkan 'nakama' yang sanggup menjejakkan kaki ke Grand Line untuk menjadi krewnya. Apa tu 'Grand Line'? Ala... kira macam perairan Caribbean dulu-dulu la... perairan yang merbahaya sebab banyak lanun. Tapi di Grand Line bukan setakat banyak lanun, tetapi 'iklim' di tempat tu pun pelik. Nak baca banyak-banyak, tengok kat wikipedia! Hahaha! Ops, lupa nak bagitau, Luffy ni temakan sejenis buah pelik, Devils Fruit yang memberi dia 'kuasa' getah. Satu kelemahan, orang yang memakan buah-buah ni (ada banyak jenis) akan disumpah oleh lautan dan tidak akan dapat berenang selama-lamanya. Ironi? Heh...

Dulu-dulu (masa belajar), aku memang gilakan Naruto. Setiap minggu tak sabar-sabar tunggu episod terbaru kat internet. Rasa macam anime lain dah tak best dah (kecuali anime-anime zaman 80s dulu... mana boleh lawan Robotech - gabungan tiga anime yang disiarkan secara berturutan= Macross, Southern Cross dan Mospeida).

Tetapi setelah diperkenalkan dengan One Piece dua tahun dulu oleh seorang amoi kedai cd... Berat badan aku berkurangan 4 kilo. Eh, bukan! Lepas aku ikut cerita One Piece, aku dah tak teruja sangat dah nak tengok Naruto ke, Bleach ke... Clorox ke... terlepas dua tiga minggu pun takdak masalah! Asal boleh layan One Piece! Parah betul aku ni...

Apa kelebihan One Piece? Soundtrack latar belakangnya (orang panggil apa ek? BGM? Betoi ka?). Orkestra beb! (kecuali lagu pembukaan dan penutup yang mengambil muzik-muzik j-pop) Bulu tengkuk boleh meremang layan cerita ni! Lawak dia boleh buat hangpa gelak guling-guling, tapi bila bahagian sedih... hehe... aku pun menangis... cilakak!

Klip di atas di ambil daripada arc Enies Lobby yang baru sahaja tamat. Seperti yang tertulis di dalam klip di atas, mereka telah menentang dunia (World Goverment) demi menyelamatkan seorang nakama mereka. Lanun yang empat lima ekor menentang kerajaan dunia... hurm...!

Aku sekarang sedang menunggu filem One Piece ke 8 (di mana aku memuatkan lagu temanya dalam blog ini) di sub dan di 'release'kan. Hohoho... chapapapapa....

2 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

ubah lagi! adehhhh

Serunai Faqir aka SF said...

hang dgn aku jer yg tgk cerita ni ...