Sunday, August 05, 2007

Conteng


Dulu-dulu masa sekolah, aku pernah bercita-cita nak jadi pelukis komik. Pantang ada masa lapang, tangan aku akan gatal je nak menconteng. Tapi malangnya, cita-cita tu tak kesampaian. Setakat menconteng je la...

Semasa belajar di UPM, aku masih rajin menconteng dan aku dah mula melukis komik sendiri. Ada la 4-5 muka surat ahaha... Mana sempat beb, nak study lagi... dah la aku melukis slow! Lepas tu, lama-lama komik tu pun terperap je dan aku bawa balik kampung. Lagi pula, masa tu saja je aku lukis suka-suka saja. Syok sendiri.

Itu cerita 4-5 tahun lepas (masa awal belajar di UPM). Tahun lepas, aku teringatkan lukisam-lukisan lama aku dulu tu... tapi cari-cari tak jumpa. Mungkin ayah aku dah buang kot? Buat menyemak saja... kalau lukisan lawa takpa! Ahahaha!

Tapi dalam dok cari tu, yang ini (gambar) je yang aku berjaya jumpa, terselit-selit celah nota-nota lama. Lukisan yang belum siap dan aku pun dah lupa cerita komik yang aku nak buat tu. Lukisan pun cincai je. Aku terkejut jugak dan gelak sendiri bila tengok karakter yang sedang menembak tu... nampak macam Emio! Hahaha!

9 comments:

Ainin Naufal said...

ahahahaha... ada iras emio la.. ekeke...

Abang Long said...

Wahai Adinda Kangaq, cuba hang lukis gambaq si Ainin Naufal dengan Zalisa pulak. Ini bukan permintaan, tapi paksarela gitu. Ops... apahabaq ?

Gandum said...

Baguih Baguih Baguih..pasai apa hang tak mau teruskan cita cita hang tu...

Budak Kangaq

zaki zainol aka kangaq said...

Ainin: ahaha...

Abg Long: Hehe... saya dah tak melukis sekarang... stroke dah lari!

Gandum: Wah! Kartunis terkenal masuk blog saya! Terima kasih kerana sudi berkunjung. Dah lama tak nampak karya?

Serunai Faqir aka SF said...

Lukisan amin kat blog aku ...aku dah tampal ..oi hang ni dah kena penyakit jawab kat komen sendiri ni apa hal?

Gandum said...

Kangaq

Mana ada terkenal..ha ah memang dah lama pakcik tak lukih..dah jauh pakcik berjalan...kita jalan mesti pandang kedepan bukan ke belakang..apa aku mepek ni..

Since Ujang berpecah..Aku dah stop lukih..now stay kat Singapore..tu pelan pelan start lukih balik..

Apa pun jgn berhenti berkarya...cam aku..

Kalamtimur said...

jgn terus berhenti melukis.. sambil menulis pun kalau buntu melukis...melukis kalau buntu menulis.. hehehe

Oraet.com said...

Salam.

Patutlah aku punya batuk tak baik2.. sudah 3 minggu.. rupanya ada sesuatu yg misteri di blog Kangaq ni..

Tersedak2 aku melihat wajahku nan rupawan itu..

hua hua hua.. wa tabikkkkkkk spring tilam kat hang laaa..

Kalamtimur said...

ubat batuk sonang jo, makan buoh moktan