Tuesday, September 25, 2007

Trans fat

Dalam bulan ramadhan ini, ramai yang mensasarkan untuk menjaga pemakanan dan mengempiskan perut supaya nampak ramping macam Nasha Aziz. 'Bulan diet,' ini yang terlintas di kepala yang semakin gondol macam Mawi. Itu tidak termasuk usaha menggandakan amal ibadat. Apa yang keluar dari corong mulut semua dijaga. Vocal range yang sebelum ini selalu sahaja mencapai not C6 mengalahkan suara soprano Syafinaz, tiba-tiba saja lembut mendayu-dayu macam Ustazah Bahiyah bagi ceramah. Itu yang keluar dari mulut. Yang masuk pula, uiii... lagi la jaga. Nak jadi Nasha Aziz katakan... Tapi, bila masuk pasar Ramadhan, tak cukup syarat kalau tak jenguk semua gerai. Sudahnya sampai rumah, kedua-dua belah tangan penuh dengan beg-beg plastik berisi macam-macam 'habuan' berwana-warni. Macamlah tiap-tiap hari giliran kita sediakan morey (moreh?) di surau!

Ada yang betul-betul nak berjimat. Balik rumah dari lepas kerja, cepat-cepat masak kalau sempat. Jimat duit... khasiat makanan terjaga. Goreng karipap, ikan, ayam sendiri. Minyak masak yang digunakan pun rendah/bebas kolestrol. Baik untuk kesihatan! Tapi... minyak masak tu... kita gunakan dengan betul? Sedutan komik di bawah ada sedikit info untuk kita semua.


Ini adalah sedutan daripada manga Yakitate!! Japan episod 123 (bukan niat aku hendak letak tanda seruan, tapi tajuk manga ni memang ada tanda seruan lepas perkataan yakitate... harap maklum). Disebabkan ia adalah manga, maknanya dua panel teratas, anda perlu mula membacanya dari panel kanan ke kiri (macam baca buku jawi).
Jadi... siapa kata manga/komik hanya hiburan kosong dan melalaikan dan juga hanya untuk budak-budak? Yakitate!! Japan banyak memuatkan info mengenai khasiat pemakanan, rahsia bahan-bahan yang digunakan dalam resepi (khususnya roti), sejarah dan asal usul beberapa jenis roti dan juga beberapa resipi yang anda boleh cuba untuk membuat roti. Pendidaktikan (ada ke penambahan 'pe...an' untuk perkataan ni? hehe...) yang disampaikan secara bersahaja.
Bagaimanapun, ada juga unsur-unsur yang sedikit 'mengganggu' dalam manga ini. Contohnya, kesedapan roti boleh membawa anda melihat syurga seketika. Hahaha! Jika anak-anak anda membacanya pun, jangan risau. Budak-budak sekarang sudah bijak. Mereka tahu membezakan mana yang fakta dan mana yang auta.
Ah... sesungguhnya bulan ramadhan adalah bulan berkat. Kita seolah dapat merasakan dikelilingi oleh rahmat. Sentiasa terasa diri terawang-awang. Penuh dengan keajaiban. Dan keajaiban sedang berlaku kini... macam mana aku yang mula-mula cerita pasal tabiat ramadhan boleh masuk bab manga/komik ni....

5 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

Emmm org tak ambil peduli pun ttg Manga ni ada pekdah ke takdak ...org yg minat mcm kita ni je yg amik tau ...

Abang Long said...

Wahai Kangaq, lain kali (puasa tahun hadapan), bila pi pasar ramadhan, pastikan bawa duit syiling RM1.00 sahaja.

Yang bernama Siti said...

Salam Zaki,

Baca entri ni teringat dulu selepas akak tak makan selama tujuh hari, akak mimpi ada van besar berbentuk hot dog dan dalam tu ada macam-macam makanan. Lepas tu akak sental Biskut Chipsmore saiz besar tu sebungkus sorang-sorang. Bulur punya pasal.

Selamat mendengar lagu raya yang akan dputarkan di radio sehari dua lagi.

Anonymous said...

Sf- hehehe....

Abg Long- 2-3 tahun lagi, bawak singgit silap2 boleh beli cucuq badak 2 bijik saja...

Kak Siti- van besar bentuk hotdog? Fuh.. dasat kak! Mimpi sampai ke New York tuh! Kat US je ada van camtuh! Ke masa tertidur tu mmg sedang berada di US?

~kangaq

ICeSoul said...

Raya ni jemput la mai KL. beraya di pondok buruk gue ya dong!