Monday, November 26, 2007

Gelang yang Berputar

Selama berbulan-bulan, satu episod demi satu episod aku menyusuri dunia fiksyen yang dibawakan oleh Jonathan Glessner dan Brad Wright- Stargate SG-1. Sebuah siri sci fi yang memegang Rekod Dunia Guinness sebagai siri sains fiksyen paling panjang pernah disiarkan di tv. Stargate SG-1 telah ke udara selama 10 tahun/musim dengan 214 episod.

Siri ini merupakan kesinambungan daripada filem Stargate yang ditayangkan pada tahun 1994. Mengambil tempat selepas setahun kejadian yang berlaku di dalam filem, Stargate Command di bawah pimpinan Jeneral Hammond ditubuhkan. Beberapa watak dalam filem yang asal dikekalkan iaitu Kolonel Jack O’Neill (ya… dengan dua ‘l’) dan Dr. Daniel Jackson yang dilakonkan oleh pelakon yang berlainan daripada filem.

Pada pandangan aku (dan ramai peminat-peminat yang lain), kejayaan siri ini adalah berteraskan penyampaian sains dan teknologi secara spontan (tiada ceramah/penerangan yang terlalu mengikut ‘buku’) dan unsur-unsur humor serta sarkastik yang banyak terselit. Bersama-sama elemen ketenteraan, sejarah dan yang paling menarik, siri ini ‘mengeksplotasi’ mitos-mitos seluruh dunia dan menghubung-kaitkannya dengan makhluk asing (hahaha!). Hasilnya, penjelasan yang logik dan ‘twist’ ke atas mitos-mitos ini.

Bermula daripada episod pertama bertajuk ‘Children of the Gods’ sehingga episod terakhir bertajuk ‘Unending’ kita dapat melihat perkembangan watak-watak dalam siri ini. Ketua pasukan SG-1, Jack O’Neill lakonan Richard Dean Anderson (tak kenal? MacGyver kenal?) yang sentiasa membawa keceriaan kepada siri ini (tidak seperti watak original di dalam filem, Jack O’Neil- dengan satu ‘l’ yang serius ya amat!) bermula daripada pangkat colonel sehingga menjadi brigadier general seterusnya major general dan mengetuai Stargate Command. Richard Dean Anderson meninggalkan siri ini selepas tamat musim ke-8 dan digantikan dengan Colonel Cam Mitchell (lakonan Ben Browder). Ramai peminat yang kecewa dengan ketiadaan watak Jack O’Neill kerana khuatir siri ini akan hilang seri dan humor. Ya… aku pun frust jugak! Tetapi, keputusan membawa masuk watak Vala Mal Doran dalam siri ini oleh penerbit, sedikit sebanyak membantu ‘menceriakan’ siri ini (sekurang-kurangnya bagi aku).

Vala, yang aku anggap sebagai watak ‘rogue’ dalam siri ini telah membawa sedikit kelainan. Selama sembilan musim, SG-1 dianggotai hanya oleh watak-watak tentera dan orang awam (Dr. Daniel Jackson dan Teal’c), kehadiran Vala menyebabkan kumpulan ini ‘kacau-bilau’ (in a good way). Ini kerana Vala adalah seorang lanun angkasa dan pencuri. Femme fatale dalam siri ini.

Samantha Carter (Sam) lakonan Amanda Tapping, seorang pegawai US Air Force dan juga saintis, bermula daripada pangkat captain kepada major seterusnya leftenan jeneral. Erm… anda bayangkan seorang tentera + geek. Itulah Sam. Dia selalunya digambarkan seperti watak Dorothy dari filem Wizard of Oz.

Dr. Daniel Jackson lakonan Michael Shanks, seorang pakar arkeologi, antropologi dan fonologi adalah watak utama yang dikekalkan daripada filem. Seorang lagi geek dan wataknya adalah yang paling berwarna-warni dalam siri ini. Daripada seorang geek biasa, dia telah ascended kepada higher plane of existence (sori, aku tak tau nak alih bahasa benda ni macam mana), kemudian descended kembali kepada manusia biasa, seterusnya menjadi prior dengan kuasa luar biasa dan kembali menjadi manusia semula.

Teal’c, lakonan Christopher Judge adalah seorang lagi alien dalam kumpulan ini berbangsa Jaffa (oh, maaf, terlupa nak bagitau, Vala Mal Doran juga alien). Bermula daripada First Prime of Apophis (musuh pihak bumi) sehingga berpaling tadah dan menganggotai SG-1.

Kekurangan siri ini adalah perkembangan watak dari segi personel, tapi apa nak dikisahkan? Ini siri sci fi, bukan Gillmore Girls!

Walaupun siri ini sudah berakhir dan tergantung setelah dibatalkan oleh pihak Sci Fi Channel, pihak produksi telah merancang untuk menyudahkan Stargate SG-1 dalam dua filem DVD bertajuk Continuum dan Ark of Truth. Kemungkinan akan berada di pasaran selepas Mac 2008. Dan peminat masih boleh melihat gelang stargate dalam siri spin off SG-1, iaitu dalam siri Stargate Atlantis yang baru empat musim ke udara. Menjadi berita baik peminat-peminat Stargate apabila watak Colonel Samantha Carter telah diserapkan ke Stargate Atlantis dan mengetuai pasukan Atlantis bagi musim keempat. Yey!

Video klip di atas adalah sedutan-sedutan daripada episod terakhir SG-1 berlatarkan lagu Hope You’re Happy nyanyian Lene Marlin. Dan… aku tahu ramai daripada anda yang membaca entri ini tak faham langsung apa yang aku merepek ni! Hahaha!

8 comments:

Ariyatna Adri said...

macam mendengar laki aku membebel lak.

Anonymous said...

aku suka stargate.

Siap addd myspace amanda Tapping lagi.

huakhuakhuak

Abang Long said...

Memang minat cerita ni. Tapi paling best cerita SICK MILLION RINGGIT MAN.

Yang bernama Siti said...

Akak minat jugak. Tapi tak dapat selalu tengok sebab masa tu selalu balik keje lambat.

Macam mana nak tengok dari awal sampai habis?

Dan memang benar, macam orang Melayu Afrika Selatan bercakap dengan Melayu kat Malaysia je ulasan ni.

Anonymous said...

ariyatna: ko kena dgr baik2 bebelan laki ko tu. leh dapat banyak idea... ekeke...

vovin: ko letak la byk2 gambar bangunan futuristik kat putrajaya... mana tau kot2 amanda tertengok, kot-kot leh jadik lokasi utk planet asing... maklumlah... bangsa kita kan bangsa angkasa... muahaha...!

Abg Long: Sick Million Dollar Man? Citer org kaya dok kesot2 atas katil je la...? pasai dia 'sick'...

Kak Siti: nak tgk stargate sg-1 online, pegi sini: http://piggymoo.com/forum/viewtopic.php?t=872

Dah abis tengok semua tu, baru paham apa yang sy tulis kat entry ni... ehehe... (tak paham yang satu 'l' dan dua 'l' tu ye?)
~kangaq

Anonymous said...

apa ko merepek setan!!! hahaha

Yang bernama Siti said...

Ha! Baru habis tengok episod pertama. Ok dah faham dah repekan ni... he he he... terima kasih!

Panaharjuna said...

"Kekurangan siri ini adalah perkembangan watak dari segi personel, tapi apa nak dikisahkan? Ini siri sci fi, bukan Gillmore Girls!"

hahahaha....maknanya kau tengok juga la kan siri gilnore girls?,

give me 5 brader!

Sebenarnya dah berabad aku tak tengok siri stargate ni, last masa tv3 keluarkan siri ni rasa-rasa aku si Mac gyver tu belum give up lagi nak belakon dalam kisah ni, tapi bila aku tau dia dah give up, aku pun give up sama la nak tengok Sai fai.

Sekarnag ni aku tengok Prison Break..hehehehe...