Wednesday, April 09, 2008

klibf hari keenam

Hari ni tak ramai orang. Sesuai untuk cuci mata dan dompet tanpa perlu bersesak-sesak. Uh, hari ni juga aku dapat makan free di depan pentas dewan tr2. Ada majlis anjuran DBP. Mula-mula segan juga aku, tapi setelah diugut beberapa kali, aku memberanikan diri mengambil makanan. Sekadar alas perut... 10 biji kuih jala yang digulung. Kuah kari ayam dia sedap!

Fadzli Al-Akiti yang bangga dapat mengugut aku untuk makan.


Serunai Faqir sedang mengajar aku menggunakan sudu dengan betul manakala Fadzli Al-Akiti pula membuat demontrasi cara mengunyah dengan betul.


Dari kiri: Helmino mengenangkan nasibnya kerana tidak sempat makan free. Umbut pula sedang melindungi begnya yang penuh dengan roti jala dan bihun goreng yang ditapau tanpa kebenaran. Fadzli Al-Akiti sedang melakonkan watak mandroid dalam novel ulung terbarunya, Saga Horizon. Serunai Faqir pula sedang membayangkan betapa seronok hidupnya setelah berumahtangga.


Berkesempatan bertemu seorang blogger paling terkenal di Malaya- Ted Mahsun! Lihatlah sahaja wajah bangga tidak terucap aku dan Vovin.


Aku, Zamri Mohamad dan Ted Mahsun. Aku? Oh, di belakang Zamri.


Aku sedang menandatangani petisyen di gerai Wira Bukit. Petisyen? Petisyen apa?

Ini.

8 comments:

Anuar Manshor said...

Kangaq semakin hebat!Tahniah!

kangaq said...

woo nuar! terima kasih!

Ariyatna Adri said...

Kangaq,

huhuuuuuu.. jelesnya akuuuuu.

Ariyatna Adri said...

aku perjelas sikit, aku jeles engko menandatangan petisyen tu. Lagi satu ngko memang kuat makan pun :P

Ainin Naufal said...

sabtu ni kat dawama ada makan2 tak? ni kena tanya fadz. tadak makan, aku tak mo jumpak dia. hahaha.

Serunai Faqir aka SF said...

chisss ...hehehehe

Anonymous said...

Hahaha... Kangaq-san.. semalam rugilah tak join peKOMIK konvensyen tu.. ada makan-makan free tau... XD

chiharu (^^)

fadz said...

ainun, mana plak tau xde, kalau sampai gerai DBP tu, adalah...

cis, semua gambar aku berlakon kera yg korang letak, cisss..

btw, aku dah lupa apa yg aku mintak, boleh bagitau aku balik apa benda? awat hang hilangkan?