Sunday, August 31, 2008

hari yang banyak rasa

Salam kemerdekaan kepada semua dan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. Maafkan segala salah silap. Mungkin kita dapat bersyukur atas dua rasa sekurang-kurangnya. Syukur kerana kita masih dikurniakan dengan nikmat kemerdekaan walaupun dalam keadaan politik yang terlalu rencam. Namun, biarpun apa anutan politik anda, kenanglah jasa mereka yang berjuang 51 tahun dahulu dan tahun-tahun sebelumnya.

Rasa yang kedua, juga syukur kerana kita diberikan kesempatan sekali lagi untuk melayar bahtera menempuh lautan seribu bulan. Biarpun lautannya masin dan tidak boleh diteguk, namun seribu bulan di angkasa akan menerangi anda daripada mudik ke hala lain. Bersabarlah seketika sebelum tiba di pelabuhan temasya.

Oh, kecuali yang perempuan... mereka ada membawa alat penuras air masin dalam pelayaran. Jadi, mereka boleh minum! Hehehehe...

9 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

Selamat menjalani ibadah puasa, moga mabrur, aminnn ...

kangaq said...

Amin... dah mengundi nak balik kampung belah mana raya ni? Ngehehe...

fajar said...

Assalamualaikum,

Salam perkenalan saudara Zaki. Saya baru saja mengetahui tentang kewujudan novel fantasi melayu yang agak menarik ini. Membaca review dari orang lain di laman web membuatkan saya agak teringin untuk membacanya.

Agak-agak, boleh ke dikirimkan ke bumi UK? Saya berminat. Mungkin juga ada tempat untuk saya membuat pembelian online?

Sekian, salam hormat

Fajar
Glasgow

zaki zainol @ kangaq said...

Waalaikumsalam, saudara Fajar.

Huh, di Glasgow? Rugila tak dapat buka puasa makan murtabak... hahaha...

Buat masa ini, saya sendiri tiada stok. Tapi rasanya saudara boleh beli secara online di sini:

Bisikan Ariasha: http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=1077
ataupun
http://bookcafe.com.my/index.php?target=products&product_id=690

Amukan Indera Bumi: http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=1159
ataupun
http://bookcafe.com.my/index.php?target=products&product_id=742

Sekiranya tidak berjaya juga, e-mel saya di zaki_zainol@yahoo.com.my

bayan said...

Saya ucapkan selamat berpuasa. Jangan lama sangat belayar, nanti lencun.

Oleh kerana tidak mengecam wajah encik penulis takluk jagat, masa pesta buku PKNS saya tak jumpa pun encik. Huhuhuu...rugi!

Saya tak buat review takluk jagat amukan indera bumi kerana buku itu telah berjalan jauh. Adik saya punya kerja la, promote kat kawan-kawan. Sudahnya saya yang hanya sempat baca sekali menganga tengok buku dah tak ada.

Bila yang ketiga nak keluar? Tolong bagitahu di dalam siri ke tiga bagaimana bayu boleh kawen ngan puteri ariasha. Plis!

kangaq said...

Selamat berpuasa Cik Bayan! Belayar tu ikut jadual yang ditetapkan, takde lebih hehe... (lebih pon mungkin 6 hari je)

Oh, ada datang pesta buku rupanya... saya tak perasan. Saya pernah tengok Cik Bayan cuma sekali, suatu ketika dulu...

Dah berjalan jauh buku tu? Takpa, hilang beli lagi :p Terima kasihla kat adik tu yagn tolong promote kat kawan2.

Yang ketiga dalam pembikinan. Bayu ngn Ariasha kawin ala2 Ning Baizura, konsep desa di hotel lima bintang... ekekeke...

chiharu said...

Hahahaha... lawak la sungguh... ala.. spoiler la sket... hekhekhek.. saya pun musykil... tapi tak semusykil camana puteri masih hidup... yang tu pun kena buatkan flash back tau!!

**ewah-ewah... melampau-lampau pulak permintaan ek? Hahahaha...**

kangaq said...

Chiharu, bukan takat flash back, flash camera pun ada sekali nanti.

*Nak demand lebih-lebih, tulis sendirik! Hahaha...

chiharu said...

ceh! Apa guna ada kawan seorang penulis? Muahahaha... takdelah... itu saja je nak menambah tekanan kepada kangaq-san... XD XD XD XD