Wednesday, August 08, 2007

Aku buat video! Ahahahampeh!

Erm... aku hasilkan klip ni pada awal tahun 2004. Mengambil masa yang agak lama, hampir lima hari. Al maklumlah... komputer aku slow... hehe. Aku menggunakan Adobe Premier Pro sebagai platform. Asas klip ini menggunakan CGI movie daripada game Chaos Legion. Game ini mula dipasarkan pada Ogos 2003 yang berdasarkan kepada sebuah novel dengan judul yang sama oleh Tow Ubukata.

Game yang berlatarkan gothic opera ini mengisahkan mengenai seorang Kesatria Dark Glyphs bernama Seig Wahrheit yang mempunyai kebolehan 'mengorbankan' roh-roh sesat untuk menyeru sejenis makhluk dipanggil Chaos Legion daripada dunia asing. Apabila sahabatnya, Victor Delacroix (sebut de-la-koah) mencuri buku larangan Apocrypha Of Yzarc, Seig perlu menjejakinya dan menggunakan 'Legion'nya untuk menghalang rancangan jahat Delacroix.

Aku mengadunkan movie CGI ini dengan latar belakang lagu Aerial daripada band System of a Down yang amat popular pada tahun itu (2004). Semasa di dalam panel kecik Adobe Premier, klip ini nampak begitu lancar (smooth) sekali. Tetapi selepas di'render' ke format avi, huh! Sangkut-sangkut la pulak... sound pun pecah! Hahaha... Kalaula dapat Mac ke... sedap la sikit...

1 comment:

Anonymous said...

kena saman baru hang tau ...