Tuesday, August 05, 2008

10 Hari di Pesta Buku Selangor


Pesta Buku Selangor, bertempat di Kompleks PKNS telah berlangsung dari 25 Julai sehingga 3 Ogos yang lepas. Aku pula dengan rajin dan bersemangatnya telah pergi tiap-tiap hari. Bukan pergi memborong buku… tapi kena jaga gerai… adeh!

Tapi, ia nyata satu pengalaman baru yang meletihkan tetapi juga menyeronokkan. Menyaksikan gelagat orang yang lalu-lalang dan sebagai penjaga gerai, tentu sekali aku ada ‘lesen’ untuk memanggil mana-mana anak dara yang melintas untuk merapati aku… eh, merapati gerai! Tetapi, disebabkan aku bertugas menjaga gerai syarikat aku bekerja, Must Read Sdn. Bhd. yang sebahagian besar buku-buku yang dijual adalah berunsur keagamaan dan spiritual, aku tidak bolehlah nak lebih-lebih! Aku rasa, sekurang-kurangnya tentu gadis-gadis sekalian yang melintas beranggapan aku dan sahabatku yang juga menjaga gerai, iaitu Anuar tergolong dalam orang-orang yang alim. Dan tentu sahaja Anuar memerlukan tenaga yang lebih untuk mengawal dirinya kerana anaknya sudah masuk dua orang… ahaha!

Daripada kajian soal selidik kepada pengunjung untuk membuktikan aku adalah seorang peramah dan bukannya pendiam, aku mendapati kebanyakan pengunjung tidak tahu bahawa pada saat itu sedang berlangsung Pesta Buku. Pada anggapan mereka, apabila ada pesta, tentulah ada belon-belon berwarna-warni. Aku kata pada mereka, memang ada belon berwarna-warni. Cuba tengok di gerai Linguaphone yang tidak jauh dari gerai aku. Gamaknya apabila mereka pergi melihat-lihat belon untuk merasa ‘suasana pesta’, tentu sahaja mereka akan menyumpah-nyumpah aku kerana terperangkap dengan ejen-ejen Linguaphone yang terus menyerbu sesiapa sahaja yang menghampiri belon-belon mereka. Orang yang berpengalaman ke mana-mana pesta buku tentu tahu, bukan senang hendak meloloskan diri daripada ejen-ejen ini. Ejen Smith yang cekap mengelak peluru seperti Neo dalam trilogi Matrix pun aku rasa ‘bungkus’ jika berhadapan dengan ejen-ejen Linguaphone. Bagaimanapun aku kagum dan tabik pada ejen-ejen Linguaphone yang cukup berdedikasi dan tabah menjalankan tugas mereka biarpun mereka terus ditolak dan ditolak. Tetapi berkat kesabaran, ada juga yang sangkut dan itu rezeki mereka.

Hari pertama pesta buku, salah seorang penulis Must Read yang amat dikenali sepelosok Malaysia, iaitu Mazidul Akmal Sidek telah melapangkan masanya untuk singgah seketika. Beliau bertandang untuk membantu mempromosikan buku tulisannya yang baru terbit bertajuk Virus Kehidupan. Sebuah buku yang bermula dengan pengalaman awal beliau dalam menjejakkan kaki dalam dunia kewartawanan dan penyiaran. Buku ini juga mempunyai sentuhan seperti program 360 di TV3, tetapi ia bersifat lebih peribadi dan belakang tabir. Bagaimana temu bual dibuat, suasananya, ancaman yang dihadapi dan perasaan peribadi beliau apabila berhadapan dengan sesuatu peristiwa atau kes.

Ada seorang pelajar sekolah menengah, dengan berpakaian uniform (mungkin mengikut rombongan sekolahnya) datang membelek-belek buku tersebut. Dia teruja melihat wajah Mazidul di hadapan kulit buku. Dia bertanyakan harga, dan aku memberitahu harga yang dijual selepas potongan. Mendengarnya, dia kelihatan tak berminat. Maklumlah, budak sekolah bukan ada duit banyak. Baik duit itu digunakan untuk main game di arked ke, top-up kredit handphone ke, belanja awek makan KFC atau McD ke… buat apa beli buku! Tapi aku cepat-cepat membalikkan buku tersebut dan menunjukkan kulit belakangnya. Aku kata, “Dik, mana nak cari buku kat Malaysia ada gambar macam ni?”

Budak itu yang sudah hendak bergerak ke kedai sebelah terus berhenti dan menjerit, “Uiyo! Pacak depan kereta polis tu!” Ah… senang sahaja rupanya nak menarik remaja sekarang membeli buku. Kulit belakang buku Virus Kehidupan yang mempunyai gambar seorang mamat yang merempit pacak (wheelie) betul-betul di hadapan kereta polis telah membangkitkan minat membaca budak sekolah itu. Dia terus sambar dan keluarkan duit untuk membeli. Semoga dia mendapat iktibar daripada buku tersebut. Em… kesian pula awek dia mungkin tak dapat makan KFC atau McD bulan ini. Ahh! Makan goreng pisang cukupla! Ada tepung rangup macam KFC hot n spicy jugak apa…

Hari sabtu dan ahad tentu sahaja hari yang paling meriah dalam mana-mana ‘pesta’. Pengunjung lebih ramai dan aku serta Anuar tak menang tangan. Nasib baik ada adik-beradik, seorang pensyarah dan seorang pelajar dari UiTM datang membantu. Hari sabtu, 2 Ogos, seorang lagi penulis Must Read, iaitu Diya Nordin yang novelnya bertajuk Naqiah Khalida datang mempromosikan novelnya. Aku belum berkesempatan membacanya jadi aku tak dapat hendak komen apa-apa. Cuma aku sempat belek 2-3 muka surat hadapan dan bahasanya agak bagus. Dan tidak sangka pula aku yang dia ini anak saudara kepada sahabat lama semasa di matriks Kota Bharu dahulu (si Alex yang turut datang menunjuk jalan pada anak saudaranya beberapa hari sebelum itu). Aku diberitahu, novel Naqiah Khalida ini ada disirikan di dalam blog penulisnya sebelum dibukukan. Kalian boleh mendapatkan lebih info daripada blog Diya Nordin ini. Cari sahaja namanya pada pautan di blog aku ini.

Hari sabtu dan ahad juga meriah kerana aku dapat bertemu ramai rakan-rakan dari PTS, rakan-rakan penulis, penggiat komik tanah air dan juga bloggers. Aku sempat bersembang sebentar dan mendapatkan tandatangan Amir Husaini pada naskhah Transgenesis, berbual-bual dan melepaskan puntung di tangga bersama-sama John Norafizan dan Serunai Faqir, menyampaikan barang yang dipesan dari kampung oleh Aininaufal, berbicara tentang dunia buku Malaysia bersama Abang Long, menyibuk pada sesi tandatangan bersama-sama pelukis komik, Pac (pelukis Twinx) dan Azhar (Liga Pendekar), gelak-gelak, makan-makan dan merapu-merapu bersama-sama Wanzu, Alif dan Mail Magik (boleh dikatakan hari-hari Mail datang ke gerai aku, bagus betul… mana-mana pakcik yang nak cari menantu, ambil la budak ni. Tak rugi! Nanti dia boleh buat magik untuk memeriahkan suasana hari raya). Aku juga sempat membelek-belek helmet baru Bahruddin Bekri, mengacau-ngacau Syem dan Ladyfieza melukis, menepuk-nepuk bahu Poyo (pelukis Kecempreng Man) dan lari apabila dia ingin menepuk aku (sebab aku takut cedera parah), berposing-posing di hadapan kamera DSLR baru si Ariyatna dan suaminya (yang tak habis-habis membakar aku supaya membeli kamera DSLR juga) dan juga bersembang sebentar bersama-sama Faizul Darius dan sahabatnya (alamak, aku lupa nama dia) serta individu-individu penting yang aku jumpa dan terlupa hendak menyebut nama kalian di sini (huih! Macam ruangan dedikasi dalam buku pulak!).

17 comments:

Meera Melati said...

kesian awek budak sekolah tu ek... kempunan nak makan KFC dan McD... nandos dan secret recipe apatah lagi kan... hehehe...

eh nak tanya berapa harga buku Virus Kehidupan tu?

zaki zainol aka kangaq said...

RM 19.90!

DeeN said...

Oit geng malas nak hapdet macam aku jugak haha,

La 19.90 rupanya. Ingatkan sampai 90 hinggit tadi. Besa la, dah nama pon budak2. Apa barang beli buku. Baik beli ding dang. hikhik..

Nih ada kat kl/selangoq lagi ka?

Diya Nordin said...

Paklong sy tu abg zaki panggil alex eh?

Baru tau paklong tu namanya alex.

Deen ni sape eh? Mcm mana die tahu sape saya? Pelik..

Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen said...

Salam Kangaq,

Harap dapat jumpa lagi. Boleh sembang panjang sikit. Hari tu rushing.

Anyway, selamat membaca Transgenesis. Saya tengah dok baca Takluk Jagat. :-)

zaki zainol aka kangaq said...

deen, ya~ ding dang... kalau kaya sikit beli tora! Ahaahaha...

Pak long Diya tu kat kelantan semua orang panggil Alex haha...

Deen tu orang kampung jugak... pasai tu la dia kenai hihi...

Salam Amir Husaini! Tu la... nanti kalau ada peluang lagi kita sembang!

Selamat membaca Takluk Jagat. Saya baru baca sikit Transgenesis. Kena letak tepi kejap sebab nak siapkan kerja yang tertangguh disebabkan pesta buku lepas hehe...

Masy said...

sayangnya pesta buku berlangsung masa sy bz yg amat sgt sampaikan nk tdo pun kene sukat. PKNS tu dah laaa dekat je dgn umah huhuhu... *bakar PKNS tanda protes*

oh lupe.. salam tuan umah :)

Denanz ... said...

salam sdr zaki.
singgah via blog artozy. aku link, bleh? (maaf. dh link, baru minta kebenaran)

zaki zainol aka kangaq said...

Salam Masy (cmane sebut ni? Masi? Mash? ehehe...)

O.. dekat rumah... awat tak habaq. Kalau tak minggu lepas, 10 hari save makan tengah hari... ahahha!

Salam Denanz! Sila link! Tak dak masalah! Terima kasih!

Unknown said...

haha.. sempat lagi petik nama aku... mana puteri??? puteri.. ( ala-ala zainal abidin )

Ariyatna Adri said...

hehe, bila mau angkat satu?

Anonymous said...

Salam, Kangaq-san!!

Hehe.. lama tak dengar kabar berita. Tak habaq pon turun Shah Alam.. kalau tau Kangaq-san turun Shah Alam, musti saya datang singgah...

Anonymous said...

hehehe ... aku tak puas nyembang hari tu daaaa ...

zaki zainol aka kangaq said...

Mail, Puteri tarak! Dia dah balik istana! Ngehehe...

Ariyatna, budget tarak! Kena tunggu cukup bulan (cukup bulan 2-3 tahun lagi kot?)! Ngehehe...

Chiharu-san, kredit nak sms tarak! (benonye terlupa nak bagitau... hehe)

SF, tu la... hari tu masa tarak! Jom aaa pekena cendoi! Muahaha...

Yaa.. kawan2... hari ni temanya... TARAK!

Artozy said...

kangaq, lain kali turun kl aku belanja nasi kosong dengan air kosong!

zaki zainol aka kangaq said...

kedekut betolla ko ni art! Dah la nak pau rokok ko pon tak leh! Ahahaha

Faelarwen said...

Hi! I found your post in the net so i decided to drop in and say hi. :) Teringat masa kat Shah Alam tu, memang best sebab banyak pengalaman dan dapat berjumpa dengan kawan-kawan baru. :) Thanx for mentioning me also yah? hehehhehehehe *malu pulak rasanya cakap camtu* Take care ok? :D

~~~ ladyfieza